Skip to main content

Notis Privasi Pengambilan Pekerja McKinsey & Company

Tarikh berkuat kuasa 4 Mac 2019.

McKinsey & Company Inc., dan subsidiari dan syarikat gabungannya (“McKinsey”, “kita” atau “kami”), memahami bahawa privasi adalah penting kepada anda. Subsidiari serta syarikat gabungan McKinsey boleh memproses data peribadi anda dalam kapasiti kami sebagai pengawal data. Kami komited terhadap prinsip menghormati privasi anda dan melindungi data peribadi anda, iaitu apa-apa maklumat yang boleh mengenal pasti diri anda sebagai orang perseorangan. Notis Privasi Pengambilan Pekerja ini ("Notis Privasi") menghuraikan cara kami mengendalikan dan melindungi data peribadi anda dalam proses dan program pengambilan pekerja McKinsey.

Notis Privasi ini hanya terpakai kepada data peribadi pemohon jawatan, bakal calon pekerja atau perkongsian dan program serta acara pengambilan pekerja pilihan kami. McKinsey juga boleh mengumpulkan dan memproses data peribadi anda seandainya kami melibatkan usaha wajar yang berkaitan dengan pemerolehan korporat berpotensi bagi majikan semasa anda (cth., jika anda merupakan sebahagian daripada pasukan kepimpinan kanan bagi syarikat sasaran). Notis Privasi ini tidak dikenakan kepada kakitangan kontraktor atau klien kami atau data peribadi lain yang dikumpulkan oleh McKinsey untuk tujuan lain.

Seperti yang digunakan dalam Notis Privasi ini, "data peribadi" bermaksud maklumat yang mengenal pasti pemohon jawatan dan calon yang bakal bekerja bersama kami, sama ada data yang diserahkan bersama permohonan dalam talian dan/atau melalui saluran alternatif (cth., melalui firma pengambilan pekerja profesional).

Kami akan memproses data peribadi anda menurut Notis Privasi ini, melainkan pemprosesan tersebut bercanggah dengan keperluan undang-undang yang berkuat kuasa. Dalam hal ini, undang-undang yang berkuat kuasa akan mengatasi.

Dengan menyerahkan data peribadi anda kepada kami, anda mengakui bahawa:

  • Anda telah membaca dan memahami Notis Privasi ini dan bersetuju membenarkan data peribadi anda digunakan sebagaimana yang dinyatakan dalam Notis ini.
  • Data peribadi anda mungkin dipindahkan dan diproses secara global, termasuk di negara yang mungkin tidak menyediakan perlindungan data yang sama seperti di negara anda, untuk tujuan dan seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.
  • Anda tidak diwajibkan untuk memberikan sebarang maklumat yang diminta kepada kami, tetapi kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan anda ditolak daripada pencalonan jawatan yang telah anda pohon.
  • Semua pernyataan anda adalah benar dan tepat sepanjang pengetahuan dan kepercayaan anda, dan anda tidak meninggalkan sebarang maklumat berkaitan yang memudaratkan, secara sengaja. Pemberian maklumat yang tidak tepat boleh menyebabkan anda tidak layak diambil bekerja.
  • Notis Privasi ini bukan sebahagian daripada kontrak pekerjaan yang ditawarkan kepada calon yang diambil bekerja oleh McKinsey.

Data peribadi yang kami kumpulkan

Jenis data peribadi yang kami minta daripada anda dan cara kami memproses data tersebut ditentukan oleh keperluan negara yang ditempatkan jawatan tersebut dan bukan negara tempat tinggal anda. Sekiranya anda memohon untuk lebih daripada sebuah lokasi atau sekiranya jawatan yang anda mohon terdapat di lebih daripada sebuah negara, jenis data peribadi yang kami minta daripada anda dan cara kami memproses data tersebut ditentukan oleh keperluan semua negara yang ditempatkan jawatan tersebut.

Lazimnya kami mengumpulkan data peribadi secara terus daripada anda apabila anda memohon jawatan, seperti nama, alamat, maklumat hubungan, gambar dan video, sejarah pekerjaan dan pendidikan, pencapaian dan keputusan peperiksaan anda. Kami mungkin turut mengumpulkan data peribadi yang serupa daripada pihak ketiga, seperti firma pengambilan kerja, orang rujukan anda, majikan terdahulu, kakitangan McKinsey yang menemu duga anda dan penyedia semakan latar belakang pekerjaan, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa. Kami juga mungkin mengumpulkan data peribadi tentang anda melalui dalam talian setakat mana anda telah mengemukakan maklumat tersebut secara umum. Contohnya, kami mungkin boleh mencari profil anda di laman web media sosial profesional (seperti LinkedIn) dan menghubungi anda tentang peranan yang bersesuaian.

Data peribadi yang sensitif adalah sebahagian daripada data peribadi, termasuklah keetnikan, kesihatan, keahlian kesatuan sekerja, falsafah, orientasi seksual di samping kategori lain yang dibenarkan oleh undang-undang. Kami tidak akan mendapatkan dan tidak akan mengumpulkan data tersebut tentang calon melainkan dibenarkan berbuat demikian oleh undang-undang yang berkuat kuasa (cth., pengawasan peluang saksama di AS).

Penggunaan data peribadi anda

Kami mengumpulkan dan menggunakan data peribadi anda untuk tujuan sumber manusia dan pengurusan perniagaan yang sah, termasuklah:

  • mengenal pasti dan menilai calon untuk pengambilan kerja, selain untuk jawatan akan datang yang mungkin tersedia;
  • menyimpan rekod berhubung pengambilan dan penggajian pekerja;
  • memastikan pematuhan terhadap keperluan undang-undang, termasuk keperluan dan amalan kepelbagaian dan perangkuman;
  • menjalankan semakan sejarah jenayah seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa;
  • melindungi hak sah kami sebagaimana yang diizinkan atau dibenarkan oleh undang-undang; atau
  • keadaan kecemasan yang membahayakan kesihatan atau keselamatan seorang atau ramai individu.

Kami mungkin turut menganalisis data peribadi atau data gabungan/data nama samaran anda untuk menambah baik proses pengambilan dan penggajian pekerja kami serta meningkatkan keupayaan kami untuk menarik calon yang berjaya.

Asas perundangan yang mana kami gunakan untuk memproses data peribadi anda

Cara kami memproses data peribadi anda bagi tujuan yang disebut di atas adalah berdasarkan:

  • bagi kepentingan sah kami dalam menilai permohonan anda bagi menguruskan hubungan kami dengan anda dan memastikan yang kami merekrut kakitangan yang sewajarnya, dan untuk menilai dan mengekalkan keberkesanan proses merekrut kami secara lebih umum;
  • bagi keperluan kami untuk melaksanakan langkah-langkah kontraktual dan prakontraktual bagi merujuk kepada hubungan kami dengan anda;
  • bagi mematuhi undang-undang, apabila maklumat tertentu adalah perlu untuk memenuhi tanggungjawab perundangan dan kawal selia kami;
  • atas keizinan anda, kami bertanyakan sekiranya anda ingin menjadi sebahagian daripada program pengambilan pekerja pilihan kami.

Penerimaan data dan pemindahan data antarabangsa

Data peribadi anda mungkin diakses oleh perekrut dan penemu duga yang bekerja di negara yang menawarkan jawatan yang anda mohon, selain perekrut dan penemu duga yang bekerja di negara lain dalam organisasi global McKinsey. Individu yang menjalankan tugas pentadbiran dan kakitangan IT di McKinsey mungkin turut mendapat akses terhad kepada data peribadi anda untuk melaksanakan tugas mereka. Di sesetengah negara, anda mungkin tidak mempunyai hak yang setaraf di bawah undang-undang tempatan berbanding di negara tempat tinggal anda, namun kami telah melaksanakan mekanisme undang-undang yang direka bentuk untuk memastikan perlindungan data yang mencukupi untuk data peribadi anda yang diproses oleh subsidiari dan syarikat sekutu McKinsey dalam organisasi global McKinsey, termasuk pemindahan data peribadi anda ke negara selain negara yang anda tinggal.

Kami menggunakan pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk menyediakan sistem perisian pengambilan pekerja. Kami juga berkongsi data peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga lain yang boleh membantu kami untuk mencari bakat, mentadbir dan menilai penyaringan serta pengujian sebelum penggajian, dan menambah baik amalan pengambilan pekerja kami.

Kami melaksanakan proses yang direka untuk memastikan mana-mana pemprosesan data peribadi oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga mematuhi Notis Privasi ini dan melindungi kerahsiaan, ketersediaan dan keutuhan data peribadi anda. Sekiranya dikehendaki oleh undang-undang, kami melaksanakan mekanisme undang-undang yang direka bentuk untuk memastikan perlindungan data yang mencukupi untuk data peribadi anda di negara ketiga lain. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang mekanisme undang-undang ini yang mungkin merangkumi Klausa Kontrak Standard Kesatuan Eropah, sila hubungi kami di alamat yang dinyatakan di penghujung Notis Privasi ini.

Selain itu, kami boleh mendedahkan atau memindahkan data peribadi anda sekiranya berlaku penstrukturan semula, penggabungan, penjualan, usaha sama, penyerahan hak atau pemindahan atau pelupusan lain bagi kesemua atau mana-mana bahagian perniagaan kami.

Pengasingan permohonan berautomat

Dalam bidang kuasa tertentu, kami boleh menggunakan analitik dan algoritma data untuk membantu kami mengkaji semula kuantiti calon yang besar dan data permohonan yang kami terima. Algoritma ini membantu kami mengutamakan proses semakan permohonan dan mengasingkan calon berdasarkan perwatakan yang menunjukkan kekuatan dan keupayaan yang diperlukan untuk menjalankan peranan yang relevan. Algoritma ini direka bentuk untuk menganalisis data permohonan calon dan membandingkannya dengan data sejarah calon yang berjaya dan gagal kami sebelum ini.

Hasil berautomat ini sentiasa selari dengan dan bukan sebagai ganti kepada pengadilan dan penilaian manusia terhadap calon individu.

Penyimpanan data

Jika anda menerima tawaran jawatan yang kami berikan, mana-mana data peribadi berkaitan yang dikumpulkan semasa tempoh sebelum penggajian anda akan menjadi sebahagian rekod kakitangan anda dan akan disimpan menurut keperluan negara yang tertentu.

Jika kami tidak mengambil anda bekerja, kami mungkin akan terus menyimpan atau menggunakan data peribadi anda untuk suatu tempoh (yang mungkin berbeza mengikut negara) bagi tujuan pentadbiran sistem, untuk menawarkan anda kemungkinan jawatan akan datang dan untuk menjalankan penyelidikan. Selepas itu, kami menyimpan sejumlah minimum data peribadi anda untuk merekodkan aktiviti pengambilan kerja anda dengan kami bagi membolehkan kami memahami sama ada anda pernah memohon jawatan (atau beberapa jawatan) di McKinsey.

Kami mungkin mahu kekal berhubung dengan anda dan mempertimbangkan anda bagi peluang pekerjaan pada masa hadapan. Dalam situasi sedemikian, kami akan meminta keizinan anda untuk menyertai salah satu program pengambilan pekerja kami yang menyediakan cara untuk anda lebih mengetahui tentang McKinsey, sama ada sebelum atau selepas anda memohon peluang pekerjaan secara rasmi. Program pengambilan pekerja ini adalah tidak diwajibkan.

Jika anda memilih untuk menyertai program pengambilan kerja, kami menyimpan data peribadi anda selama tempoh yang khas kepada program tersebut, tetapi sekiranya anda mengambil keputusan untuk mengecualikan diri pada bila-bila masa, sila hubungi kami di keep-in-touch@mckinsey.com. Bagi calon yang berada di Jerman, sila hubungi kami di karriere@mckinsey.com.

Keselamatan

Kami melaksanakan standard keselamatan teknikal dan operasi yang lazim untuk melindungi data peribadi daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahan atau pemusnahan. Hanya kakitangan McKinsey yang dibenarkan dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga diberikan akses kepada data peribadi dan kakitangan ini serta pembekalperkhidmatan pihak ketiga dikehendaki merahsiakan maklumat ini. Meskipun langkah berjaga-jaga ini dilaksanakan, kami tidak dapat memberikan jaminan bahawa individu yang tidak dibenarkan tidak akan mendapat akses kepada data peribadi anda.

Hak anda

Kami mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan data peribadi anda tepat, lengkap dan terkini bagi tujuan pengumpulan dan penggunaan data tersebut. Kami turut melaksanakan langkah yang direka bentuk untuk memastikan pemprosesan data peribadi anda mematuhi Notis Privasi ini dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Menurut undang-undang yang boleh diguna pakai, anda boleh:

  • Mempunyai hak untuk meminta sesalinan data peribadi yang kami simpan tentang anda dan butiran tentang cara kami menggunakan maklumat itu.
  • Mempunyai hak untuk mengubah atau membetulkan data peribadi anda jika mana-mana maklumat yang disimpan tentang anda adalah tidak betul atau telah lapuk;
  • Mempunyai hak untuk kemudahalihan data peribadi anda;
  • Mempunyai hak untuk memadam data peribadi anda, untuk meminta kami menghentikan pemprosesan data peribadi anda, untuk menyekat pemprosesan data peribadi anda, dan/atau untuk menarik semula keizinan anda untuk memproses data peribadi. Perkara ini mungkin tidak dipakai jika terdapat justifikasi perundangan lain untuk meneruskan pemprosesan dan kami mungkin perlu mengekalkan data peribadi tertentu yang mana perlu atau dibenarkan di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai, dan;
  • Mempunyai hak untuk memberi arahan kepada kami tentang cara memproses data peribadi anda seandainya anda meninggal dunia.

Di samping itu, dan seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang boleh diguna pakai, anda mempunyai hak untuk membuat aduan dengan pihak berkuasa perlindungan data kompeten.

Jika anda ingin membuat permintaan untuk mengakses, menyemak, membetulkan, memadamkan atau memindahkan data peribadi yang kami kumpulkan tentang anda atau membincangkan tentang cara kami memproses data peribadi anda, sila hubungi kami di apps_help@mckinsey.com.

Untuk melindungi privasi dan keselamatan anda, kami akan mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memberi anda akses kepada data peribadi. Kami akan cuba menyiasat, mematuhi atau menjawab permintaan anda dengan segera sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkuat kuasa. Bergantung pada keadaan dan permintaan, kami mungkin tidak dibenarkan untuk memberikan akses kepada data peribadi atau memenuhi permintaan anda sepenuhnya; misalnya, sekiranya memberikan maklumat anda boleh mendedahkan identiti orang lain. Kami berhak untuk mengenakan caj yang bersesuaian untuk memenuhi permintaan anda sekiranya dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa dan/atau menolak permintaan anda, jika menurut budi bicara Firma, permintaan tersebut tidak berasas, melampau atau tidak dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Peralatan Media Sosial

Proses permohonan kami membenarkan anda untuk mengeluarkan maklumat relevan daripada laman web media sosial (seperti LinkedIn, Google Drive dan Dropbox) ke dalam borang permohonan anda. Jika anda memilih untuk menyuap sebarang data peribadi daripada peralatan media sosial seperti itu, ia akan digunakan mengikut Notis Privasi ini.

Kuki dan teknologi penjejakan lain

Kami boleh menggunakan kuki, isyarat web, piksel, gif jelas dan teknologi lain yang serupa daripada pihak pertama dan pihak ketiga (secara kolektif “Kuki dan Teknologi Penjejakan Lain”) untuk mengenal pasti diri anda serta minat anda, untuk mengingati keutamaan anda dan untuk menjejak penggunaan anda di tapak web kami. Kami turut menggunakan Kuki dan Teknologi Penjejakan Lain untuk mengawal akses ke kandungan tertentu di tapak web kami, untuk melindungi tapak web dan untuk memproses sebarang permintaan yang anda lakukan terhadap kami.

Sesetengah aktiviti pengambilan kerja dalam talian kami dihoskan oleh pihak ketiga. Apabila anda mengakses tapak yang dikendalikan oleh pihak-pihak ketiga ini, mereka mungkin, menurut Polisi Kuki kami, memasang Kuki atau Teknologi Penjejakan lain pada peranti anda. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara kami menggunakan Kuki dan teknologi penjejakan lain dengan membaca Polisi Privasi dan Kuki kami.

Bagi calon-calon dari Negara lain

Kenyataan Privasi ini juga boleh didapati dalam bahasa berikut:

  • Bahasa Arab
  • Bahasa Burma
  • Bahasa Cina (mudah)
  • Bahasa Cina (tradisional)
  • Bahasa Croatia
  • Bahasa Czech
  • Bahasa Belanda
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Perancis (Kanada)
  • Bahasa Perancis (Perancis)
  • Bahasa Jerman
  • Bahasa Hungary
  • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Itali
  • Bahasa Jepun
  • Bahasa Korea
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Poland
  • Bahasa Portugis (Brazil)
  • Bahasa Romania
  • Bahasa Rusia
  • Bahasa Serbia
  • Bahasa Sepanyol
  • Bahasa Thai
  • Bahasa Ukraine
  • Bahasa Vietnam

HUBUNGI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Notis Privasi ini, Dasar Privasi atau Dasar Kuki kami, sila hubungi kami di:

McKinsey & Company
Legal Department
711 Third Avenue
New York, NY 10017
212-446-7000
privacy@mckinsey.com

McKinsey berhak untuk meminda Notis Privasi ini. Kami akan menyiarkan sebarang perubahan pada Notis Privasi pada halaman ini. Sila semak halaman ini secara tetap untuk mendapatkan kemas kini.