Dasar Kuki

Tarikh kuat kuasa: 8 Januari 2018

McKinsey & Company serta subsidiari dan syarikat gabunganya (secara kolektif, “McKinsey” atau “kami”) memahami bahawa privasi anda adalah penting dan komited untuk bersikap telus mengenaiteknologi yang digunakan. Dasar Kuki ini menjelaskan bagaimana dan mengapa kuki, pepijat web, piksel, gif jelas, dan teknologi serupa lain (secara kolektif, “Kuki dan Teknologi Penjejakan Lain”) boleh disimpan pada dan diakses daripada peranti anda apabila anda menggunakan atau melawat sebarang laman web atau aplikasi yang menyiarkan pautan ke Dasar ini (secara kolektif, “Laman”). Dasar Kuki ini hendaklah dibaca bersama Dasar Privasi dan Terma penggunaan.

Dengan meneruskan untuk melayari atau menggunakan Laman kami, anda bersetuju bahawa kami boleh menyimpan dan mengakses Kuki dan Teknologi Penjejakan Lain seperti yang dihuraikan dalam DasarKuki ini.

Apakah itu Kuki dan Teknologi Penjejakan Lain?

Kuki ialah fail teks kecil yang boleh disimpan pada dan diakses daripada peranti anda apabila anda melawat salah satu daripada Laman kami, setakat yang anda persetujui. Teknologi penjejakan lain berfungsi sama seperti kuki dan meletakkan fail data kecil pada peranti anda atau memantau aktiviti laman web anda bagi membolehkan kami mengumpul maklumat mengenai cara anda menggunakan Laman kami. Ini membenarkan Laman kami mengecam peranti anda
daripada pengguna-pengguna Laman yang lain. Maklumat mengenai kuki yang disertakan di bawah juga digunakan pada teknologi penjejakan lain. Anda boleh menemui maklumat lanjut di www.allaboutcookies.org dan www.youronlinechoices.eu.

Bagaimanakah Laman kami menggunakan Kuki dan Teknologi Penjejakan Lain?

McKinsey menggunakan Kuki dan Teknologi Penjejakan Lain untuk mengecam anda dan minat anda, mengingati keutamaan anda, dan menjejak penggunaan anda pada Laman kami. Kami turut menggunakan Kuki dan Teknologi Penjejakan Lain untuk mengawal akses ke kandungan tertentu di Laman kami, melindungi Laman dan untuk memproses sebarang permintaan anda daripada kami.

Untuk mentadbir Laman kami dan untuk tujuan penyelidikan, McKinsey juga telah mengikat kontrak dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk menjejak dan menganalisis penggunaan statistik dan maklumat jumlah daripada pengguna Laman kami. Pembekal perkhidmatan pihak ketiga ini menggunakan Kuki berulang untuk membantu kami menambah baik pengalaman pengguna, menguruskan kandungan Laman kami, dan menganalisis cara pengguna melayari dan menggunakan Laman ini.

Kuki pihak Pertama dan Ketiga

“Kuki pihak pertama” adalah kuki milik McKinsey dan yang diletakkan oleh McKinsey pada peranti anda. “Kuki pihak ketiga” adalah kuki yang diletakkan oleh pihak lain pada peranti anda melalui Laman kami. McKinsey boleh mengikat kontrak dengan  perkhidmatan pihak ketiga untuk mengirimkan e-mel kepada pengguna yang telah memberikan maklumat hubungan mereka kepada kami. Untuk membantu mengukur dan memperbaiki keberkesanan komunikasi e-mel kami, dan/atau untuk menentukan sama ada mesej telah dibuka dan pautan telah ditekan, penyedia perkhidmatan pihak ketiga mungkin meletakkan Kuki pada peranti pengguna-pengguna ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara syarikat-syarikat ini mengumpul dan menggunakan maklumat bagi pihak kami, sila rujuk dasar privasi seperti yang ditunjukkan di bawah.

Kami menggunakan jenis kuki berikut:

Kuki Berulang. Kami menggunakan Kuki berulang untuk memperbaiki pengalaman anda menggunakan Laman ini. Ini termasuklah merakam penerimaan anda terhadap Dasar Kuki kami untuk menyingkirkan mesej kuki yang muncul ketika kali pertama anda menggunakan Laman ini.

Kuki Sesi. Kuki Sesi adalah sementara dan dipadam daripada peranti anda apabila pelayar web anda ditutup. Kami menggunakan Kuki sesi untuk membantu kami menjejak penggunaan internet seperti yang dihuraikan di atas.

Anda boleh menolak untuk menerima Kuki pelayar dengan mengaktifkan tetapan bersesuaian pada pelayar anda. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih tetapan ini, anda mungkin tidak dapat mengakses bahagian-bahagian tertentu dalam Laman ini. Melainkan anda telah melaraskan tetapan pelayar anda untuk tidak menerima Kuki, sistem kami akan menghantar Kuki apabila anda membuka Laman kami pada pelayar anda.

Data yang dikumpul oleh Laman dan/atau melalui Kuki yang mungkin diletakkan pada komputer anda tidak akan disimpan melebihi tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang disebut di atas. Dalam apa jua keadaan, maklumat ini tidak akan disimpan melebihi satu tahun.

Kuki kami digunakan bagi tujuan berikut:

Jenis Kuki Tujuan
Amat Diperlukan/Teknikal Kuki ini perlu untuk membenarkan kami mengendalikan Laman kami supaya anda boleh mengaksesnya seperti yang anda minta. Kuki ini, sebagai contoh, membenarkan kami mengecam bahawa anda telah mencipta akaun dan telah melakukan log masuk ke akaun tersebut untuk mengakses kandungan Laman. Ia juga termasuk Kuki yang membenarkan kami mengingati anda dan tindakan-tindakan anda yang terdahulu dalam sesi semak imbas yang sama dan menjamin Laman kami.
Analisis/ Prestasi Kuki ini digunakan oleh kami atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk menganalisis bagaimana Laman digunakan dan prestasinya. Sebagai contoh, Kuki ini menjejak halaman yang sering dilawati, dan lokasi pelawat-pelawat kami. Sekiranya anda melanggan surat berita atau mendaftar dengan Laman, Kuki ini mungkin berkaitan dengan anda. Kuki ini termasuklah, sebagai contoh, kuki Google Analytics.
Kefungsian Kuki ini membenarkan kami mengendalikan Laman mengikut pilihan yang anda lakukan. Kuki ini membenarkan kami "mengingati" anda antara lawatan. Sebagai contoh, kami akan mengecam nama pengguna dan mengingati bagaimana anda menyesuaikan Laman dan perkhidmatan, misalnya dengan melaraskan saiz teks, fon, bahasa dan bahagian-bahagian lain dalam halaman web yang boleh dilaras, dan menyediakan anda dengan penyesuaian yang sama semasa lawatan akan datang.
Pengiklanan Pihak Ketiga Kuki ini mengumpul maklumat mengenai aktiviti anda pada laman ini dan laman lain untuk menyediakan pengiklanan yang disasarkan kepada anda. Kami juga mungkin membenarkan penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami untuk menggunakan Kuki pada Laman untuk tujuan sama yang dikenal pasti di atas, termasuk mengumpul maklumat mengenai aktiviti dalam talian anda dari masa ke masa dan merentas laman web yang berbeza. Penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang menjana Kuki ini, misalnya Adobe, Google, LinkedIn, dan Facebook mempunyai dasar privasi mereka sendiri, dan mungkin menggunakan Kuki mereka untuk menyasarkan iklan kepada anda pada laman web lain, berdasarkan pada lawatan anda ke Laman kami.

Bagaimanakah untuk saya menolak dan menarik balik kebenaran saya terhadap penggunaan Kuki?

Sekiranya anda tidak mahu Kuki digunakan pada peranti anda, anda boleh melaraskan tetapan pelayar Internet anda untuk menolak tetapan semua atau sebahagian Kuki dan untuk memberi isyarat kepada anda apabila Kuki diletakkan pada peranti anda. Untuk maklumat lanjut mengenai cara melakukannya, sila rujuk seksyen ‘bantuan’ / ‘alat’ atau ‘edit’ pada pelayar anda atau lihat www.allaboutcookies.org . Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda menggunakan tetapan pelayar anda untuk menyekat semua Kuki (termasuklah Kuki yang amat penting), anda tidak akan dapat mengakses atau menggunakan semua atau sebahagian atau kefungsian Laman kami.

Sekiranya anda mahu menyingkirkan Kuki yang telah disimpan sebelum ini, anda boleh memadam Kuki tersebut secara manual pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, ini tidak akan menghalang Laman daripada terus meletakkan Kuki pada peranti anda kecuali dan sehingga anda melaraskan tetapan pelayar internet seperti yang dihuraikan di atas.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembangunan profil pengguna dan penggunaan Kuki penyasaran/pengiklanan, sila lihat www.youronlinechoices.eu jika anda berada di Eropah atau www.aboutads.info/choices jika anda berada di Amerika Syarikat.

Hubungi kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan lain mengenai Dasar Kuki kami, sila hubungi kami di:

McKinsey & Company
Legal Department
711 Third Avenue
New York, NY 10017
212-446-7000

privacy_information@mckinsey.com